Penyelidikan bahasa sukuan mengungkai pelbagai makna lontong

LONTONG ialah juadah istimewa yang lazim dihidangkan pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri mahupun dalam majlis keraian yang lain. Bagi masyarakat Malaysia selain ketupat, lemang dan rendang, tidak lengkap juadah Hari Raya tanpa hidangan lontong. Keenakan dan kesedapan rasa lontong menyebabkannya menjadi makanan kesukaan kebanyakan orang di Malaysia.