Negeri Di Bawah Bayu Johan Forum Remaja 2011

DENGAN gaya tersendiri seperti seorang pengacara di televisyen dan bijak mengawal situasi ketika berforum, melayakkan NurShafiqa Kalisa Shahruddin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuhara, Sabah muncul sebagai Pengerusi Terbaik Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2011. Penampilan hebat ahli forum lain juga turut mengangkat SMK Kuhara muncul Johan Pertandingan Forum Remaja 2011. Pertandingan diadakan pada 4-6 Julai lalu di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).