PPA ke-13: Hasrat UiTM Menjadi Hab Pengajian Tinggi Serantau dan Antarabangsa

DALAM usaha mengetengahkan pandangan, pengalaman dan ilmu tentang pelbagai aspek yang berkaitan dengan penterjemahan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Institut Penterjemahan Negara (ITNM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Persatuan Penterjemahan Malaysia (PPM) bersama-sama menganjurkan Persidangan Penterjemahan Antarabangsa (PPA) Ke-13 di Hotel Concorde, Shah Alam pada 19 – 21 Julai lalu. Persidangan dinaungi oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.