Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sektor Kewangan Diaudit

KUALA LUMPUR, 10 Nov. – Kerajaan akan mengaudit penggunaan bahasa Kebangsaan dalam kalangan sektor kewangan dan syarikat berkaitan kerajaan mulai tahun depan, demikian tegas Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin dalam ucaptama Simposium Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Sektor Kewangan dan Insurans.