Berkhidmat di Beijing Ketika Pelbagai Peristiwa Besar Berlaku

Saya menerima tawaran untuk berkhidmat di CRI pada akhir tahun 2007. Ketika itu, saya tidak tahu betapa bertuahnya saya kerana diberi peluang berkhidmat di negara yang akan menganjurkan beberapa acara besar peringkat dunia pada tahun-tahun berikutnya. Hari ini, setelah berada dua tahun setengah di negara “harimau yang baru terjaga dari tidurnya” ini, saya wajar mengucapkan terima kasih kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) dan Radio Antarabangsa China (CRI) kerana memberi saya peluang untuk menimba pengalaman yang tidak ternilai ini.