Bengkel Penulisan Kreatif Membimbing Peserta Secara Terancang

BENGKEL Penulisan Kreatif (cerpen dan Puisi) yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Tinggi MARA diadakan untuk mencungkil bakat penulisan dalam kalangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi MARA (IPMA) dalam pelbagai jurusan pengajian.