Melaka Tuan Rumah Pelancaran BBK Peringkat Kebangsaan 2011

NEGERI MELAKA menjadi tuan rumah acara tahunan negara, iaitu Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang akan berlangsung pada 6 Oktober 2011 bertempat di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka Bandaraya Bersejarah. Slogan BBK 2011: 1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara terus seiring dengan matlamat negara ke arah gagasan 1 Malaysia.