Meneroka Setiap Inci Bumi dan Cakerawala di PBAKL 2011

TEMA “Buku: Dunia Tanpa Sempadan” bagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 dipilih kerana amat bersenergi dengan usaha yang sedang dijalankan oleh kerajaan bagi membina masyarakat berilmu demi membangunkan sebuah negara bangsa. Selain bertepatan dengan konsep 1Malaysia, PBAKL yang berlangsung pada 22 April hingga 1 Mei lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sentiasa mendapat sambutan dan kunjungan orang ramai yang menggalakkan sehingga ke hari terakhir PBAKL 2011.