Dasar Bahasa Kebangsaan Bukan untuk Dicabar

USAHA memartabatkan dan memperkasakan bahasa Melayu sering menerima banyak tentangan dan dicabar oleh golongan tertentu. Yang terkini ialah isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibangkitkan semula oleh Kumpulan Bertindak Ibu bapa untuk Pendidikan (PAGE). Kumpulan yang diketuai oleh Datin Noor Azimah Abdul Rahim giat berusaha mengembalikan semula dasar PPSMI yang sekali gus menolak dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang telah diterima pakai kini.