Aleya Aneesa Ingin Memuaskan Hati Pembaca

BERKACA MATA, berperwatakan lembut dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir gadis kecil molek ini. Itulah Aleya Aneesa atau nama sebenarnya, Marwati Wahab. Marwati Wahab yang lebih disenangi dengan panggilan Mar, mula bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 2005 sebagai Penolong Editor di Bahagian Buku Sastera.