Debat Piala Ketua Pengarah DBP: Medan Mencungkil Bakat

JABATAN Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyapu bersih kedua-dua kategori yang dipertandingkan dalam Debat Piala Ketua Pengarah DBP 2011 apabila muncul sebagai Johan bagi kategori Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Kumpulan Sokongan Gred 32 ke atas, dan Kumpulan Sokongan Gred 29 ke bawah. Pertandingan yang julung kali diadakan ini merupakan antara acara sambutan Ulang Tahun DBP ke-55, dan pertandingan akhir pada 29 Jun lalu di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP.