Cabaran kepada Penulis Skrip Adaptasi Novel ke Filem

NOVEL yang baik tidak seharusnya disimpan setelah dibaca, sebaik-baiknya dijelmakan dalam bentuk yang lain pula, misalnya dalam bentuk filem. Perpindahan daripada novel kepada filem memerlukan proses adaptasi, penyesuaian atau pemadanan. Bagi sebuah novel yang kuat bahan ceritanya, sudah pasti mampu dipersembahkan ke bentuk filem yang mempunyai cerita yang sama hebat jika berjaya dipindahkan kepada medium berkenaan.