Pertandingan Sahibba Membantu Menambah Kosa Kata

PERTANDINGAN Sahibba yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara (PPDSPU) dan Syarikat Permainan Malaysia (SPM) diadakan di Dewan Seri Endon, Kompleks Budi Penyayang, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 26 Oktober lalu. Pertandingan yang melibatkan para pelajar daripada 40 buah sekolah rendah dan menengah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di Seberang Perai Utara, diadakan bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2010.