Bengkel Memurnikan Tesis Menjadi Buku

APABILA menyebut tesis, ramai beranggapan tesis adalah suatu bahan yang dianggap berat dan akademik. Tesis ditulis dan digagaskan berdasarkan disiplin akademik yang cukup tinggi. Para sarjana menulisnya khusus bagi memperoleh pengiktirafan bagi kesarjanaan mereka. Tesis biasanya ditulis mengikut kehendak para penilai. Persepsi sebegini menyebabkan kebanyakan tesis yang terhasil hanya menghiasi rak buku sarjana dan rak perpustakaan universiti. Hasil penyelidikan bertahun-tahun itu hanya sia-sia dan tidak dapat memanfaatkan masyarakat sekitarnya.