Seminar Pemikiran SN: Wadah Pencarian Dimensi Baharu dalam Karya SN

PERKEMBANGAN kritikan sastera di Malaysia semakin rancak menjelang awal abad ke-21. Walaupun perkembangan ini agak lewat berbanding dengan negara barat, namun peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel teori dan kritikan sastera Melayu, sedikit sebanyak memberi ruang dan peluang kepada para sarjana dan pemikir teori sastera Melayu membentangkan buah fikiran dan idea baharu ke arah memperkukuhkan lagi disiplin kritikan sastera di Malaysia.