SMLP Memperluas Khalayak Peminat Lagu Puisi

BUKAN mudah mencipta melodi daripada sebuah puisi. Liriknya tidak boleh diubah dan hal ini memberikan cabaran kepada seseorang pencipta. Sekali imbas, lagu puisi tidak banyak berbeza daripada genre lagu yang lain, namun jika dihayati sebenarnya lagu puisi memerlukan tahap pemikiran yang tinggi hasil permainan kata yang diungkapkan oleh penyair.