“Sesi Bersama Penulis” Mengenal Boria

PEMINAT boria dan pengunjung Gerai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pasti terhibur apabila menyaksikan bual bicara antara Penggiat Boria Encik Omar M. Hashim atau lebih dikenali sebagai Omara bersama-sama tukang karang boria, Hazman dan pelawak sketsa boria Pak Kojek (Encik Yusof Mhd. Hashim). Mereka telah memeriahkan “Sesi Bersama Penulis” selama sejam yang diadakan di Gerai DBP di Bilik Perlis, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 April lalu.