SM Zakir Penerima SEA Write Awards 2011

Kuala Lumpur, 11 Nov. – Penulis SM Zakir atau nama sebenarnya Syed Mohd Zakir bin Syed Othman, diumumkan sebagai penerima SEA Write Awards 2011 mewakili Malaysia. Pengumuman mengenainya dibuat oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan SEA Write Awards (Malaysia) 2011 dalam satu sidang media di Dewan Bahasa dan Pustaka.