PROGRAM PSU 2010: Peluang Menghayati Warisan Melayu

Untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan para pelajar University Prince of Songkla (PSU), Thailand, Program Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu Musim Cuti 2010 Pelajar PSU pada tahun ini diadakan bagi kali kelapan. Program tahunan yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama PSU bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar PSU menghayati dan menggunakan bahasa Melayu yang dipelajari melalui interaksi dengan penutur asli bahasa Melayu di negara ini.