Program Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu Pelajar Universiti Thammasat

BAGI memperluas pengajaran bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa komunikasi dan bahasa ilmu pengetahuan untuk penutur asing, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersetuju menerima permohonan Jurusan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera, Universiti Thammasat, Bangkok, Thailand untuk mengadakan lawatan ke agensi itu. Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan kerjasama bagi menganjurkan kursus bahasa Melayu musim cuti semester.