Keindahan bahasa Melayu Menawan Hati Gadis Jerman

DALAM bulan Ramadan pada tahun ini, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) khasnya di Bahagian Promosi dan Pengiktirafan menerima seorang kenalan berbangsa Jerman. Yang menariknya tentang gadis dari negara Eropah Tengah ini adalah kerana ia beragama Islam. Namanya Jana Petersen dan sungguhpun huruf pangkal namanya J, sebutan namanya menjadi Yana.