Forum Penterjemah Peringkat Asia (AFT) Ke-6 di Macau

FORUM Penterjemah Peringkat Asia (AFT) ke-6 (FIT 6th Asian Translators’ Forum) diadakan di Macau, China pada 6-8 November lalu. Delegasi Malaysia diwakili oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) yang diketuai oleh Presiden PPM, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan. Wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang juga AJK PPM dan Institut Terjemahan Negara (ITNM) turut menghadiri Forum tersebut.