AKADEMI SASTERA: Membina Pengkritik Sastera Berwibawa

USAHA keras Nur Fatiha Abu Bakar, pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai juara sekali gus memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM3,000, Piala Pusingan, sijil penghargaan dan buku terbitan DBP di pertandingan akhir Akademi Sastera 2009. Pertandingan yang berlangsung di Dewan Seminar, DBP turut menyaksikan Hasni Jamali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Nur Hafizah Muhd. Rusli dari Universiti Malaya (UM) memenangi tempat kedua dan ketiga dengan masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,500 dan RM2,000, sijil penghargaan dan buku terbitan DBP. Kesemua pemenang menerima hadiah yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Saifuddin Abdullah.

Teater Muzikal DBP 2010 Cungkil Bakat Baharu


SINERGI antara Bahagian Komunikasi Korporat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Biro Kebudayaan, Badan Keluarga DBP berjaya merealisasikan Pertandingan Teater Muzikal DBP pada 25 Jun lalu bersempena dengan Ulang Tahun DBP yang ke-54. Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan berdasarkan filem yang dilakonkan oleh Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee dan persembahan perlu menggabungkan lakonan, muzik, nyanyian dan tarian di atas pentas. Jika pada tahun 2007, kisah hidup Seniman Agung ini dipentaskan dalam teater muzikal, “P. Ramlee the Musical… Hidup, Cinta dan Inspirasi”, Biro Kebudayaan Badan Keluarga DBP pada tahun ini menghidupkan teater dan nostalgia kegemilangan beliau di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP.

Seminar Naskhah Melayu Memartabatkan Khazanah Melayu

MANUSKRIP Melayu merupakan lambang keperibadian dan peradaban bangsa Melayu, dan menjadi sebahagian daripada sumber primer dalam bentuk persuratan. Manuskrip Melayu ternyata kaya dengan khazanah ilmu dan maklumat sejarah, dan seterusnya dapat mencermin kegemilangan tamadun Melayu.

Seminar Pemikiran SN: Wadah Pencarian Dimensi Baharu dalam Karya SN

PERKEMBANGAN kritikan sastera di Malaysia semakin rancak menjelang awal abad ke-21. Walaupun perkembangan ini agak lewat berbanding dengan negara barat, namun peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel teori dan kritikan sastera Melayu, sedikit sebanyak memberi ruang dan peluang kepada para sarjana dan pemikir teori sastera Melayu membentangkan buah fikiran dan idea baharu ke arah memperkukuhkan lagi disiplin kritikan sastera di Malaysia.

SMLP Memperluas Khalayak Peminat Lagu Puisi

BUKAN mudah mencipta melodi daripada sebuah puisi. Liriknya tidak boleh diubah dan hal ini memberikan cabaran kepada seseorang pencipta. Sekali imbas, lagu puisi tidak banyak berbeza daripada genre lagu yang lain, namun jika dihayati sebenarnya lagu puisi memerlukan tahap pemikiran yang tinggi hasil permainan kata yang diungkapkan oleh penyair.

MPKK : “Melentur Buluh Biarlah daripada Rebungnya”

MINGGU Penulis Kanak-kanak (MPKK) 2010 program tahunan dalam kalendar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang sebelum ini pada tahun 1991, dikenali sebagai Kem Penulis Kanak-kanak masih mendapat sambutan kanak-kanak terutamanya penulis muda majalah Dewan Pelajar (DP) terbitan DBP yang menulis dalam ruangan Ceritaku dan Puisiku.

Buku “Bagaimana Saya Menulis: Proses Penciptaan Cerpen” Menjadi Wadah Penulis Muda

SEMPENA Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011, Majlis Pelancaran Buku Bagaimana Saya Menulis: Proses Penciptaan Cerpen telah diadakan pada 27 April lalu di Bilik Wilayah Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Majlis pelancaran disempurnakan oleh Dekan Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) YBhg. Sasterawan Negara (SN) Dato’ Dr. Anwar Ridhwan.

“Sesi Bersama Penulis” Mengenal Boria

PEMINAT boria dan pengunjung Gerai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pasti terhibur apabila menyaksikan bual bicara antara Penggiat Boria Encik Omar M. Hashim atau lebih dikenali sebagai Omara bersama-sama tukang karang boria, Hazman dan pelawak sketsa boria Pak Kojek (Encik Yusof Mhd. Hashim). Mereka telah memeriahkan “Sesi Bersama Penulis” selama sejam yang diadakan di Gerai DBP di Bilik Perlis, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 April lalu.

Hilangnya Nilai Sastera dalam Lirik Lagu?

TIADA lagi nilai estetika Melayu dalam lirik dan melodi lagu dewasa ini. Penulis lirik seperti “melepaskan batok di tangga sahaja”. Lirik yang dihasilkan hanya untuk memenuhi tuntutan nota lagu yang disulami dengan penggunaan tatabahasa yang salah tanpa lirik tersebut dapat dihayati sepenuhnya. Demikian antara suara hati penulis lirik lagu terkenal, Puan Habsah Hassan.

Pertandingan Deklamasi Puisi Memartabatkan Bahasa Kebangsaan

KEPETAHANNYA mendeklamasikan puisi “Bacalah dalam Bahasamu” karya Baha Zain menarik perhatian penonton di Dewan Kuliah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 5 Julai lalu. Dengan gaya bersahaja tetapi penuh penghayatan, Cheng Kui Qiang menyampaikan bait demi bait puisi sehingga juri sebulat suara memilihnya sebagai Johan Pertandingan Deklamasi Puisi Festival Bahasa dan Sastera 2011.

Puisi Mega Dunia 2011

NEGERI MELAKA dipilih sebagai lokasi pertama di benua Asia untuk mengadakan Puisi Mega Dunia (The World, a Giant Poem) pada 17 September 2011 di Mahkota Parade, Melaka.

SM Zakir Penerima SEA Write Awards 2011

Kuala Lumpur, 11 Nov. – Penulis SM Zakir atau nama sebenarnya Syed Mohd Zakir bin Syed Othman, diumumkan sebagai penerima SEA Write Awards 2011 mewakili Malaysia. Pengumuman mengenainya dibuat oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan SEA Write Awards (Malaysia) 2011 dalam satu sidang media di Dewan Bahasa dan Pustaka.