Pertandingan Sahibba Membantu Menambah Kosa Kata

PERTANDINGAN Sahibba yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara (PPDSPU) dan Syarikat Permainan Malaysia (SPM) diadakan di Dewan Seri Endon, Kompleks Budi Penyayang, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 26 Oktober lalu. Pertandingan yang melibatkan para pelajar daripada 40 buah sekolah rendah dan menengah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di Seberang Perai Utara, diadakan bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2010.

Mengiktiraf Majalah Sekolah Menengah Terbaik

PENGGUNAAN bahasa kebangsaan yang baik dan penampilan konsep penerbitan yang kreatif serta menarik berjaya menjulang majalah Kemuncak daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gunung, Bachok, Kelantan sebagai Majalah Terbaik 2010. Majalah Kemuncak juga memperoleh tempat kedua bagi kategori bahasa.

Bengkel Memurnikan Tesis Menjadi Buku

APABILA menyebut tesis, ramai beranggapan tesis adalah suatu bahan yang dianggap berat dan akademik. Tesis ditulis dan digagaskan berdasarkan disiplin akademik yang cukup tinggi. Para sarjana menulisnya khusus bagi memperoleh pengiktirafan bagi kesarjanaan mereka. Tesis biasanya ditulis mengikut kehendak para penilai. Persepsi sebegini menyebabkan kebanyakan tesis yang terhasil hanya menghiasi rak buku sarjana dan rak perpustakaan universiti. Hasil penyelidikan bertahun-tahun itu hanya sia-sia dan tidak dapat memanfaatkan masyarakat sekitarnya.

Program Pantau Tegur Bahasa

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) akan meneruskan pelaksanaan Program Pantau Tegur Bahasa bagi tahun 2011. Pada tahun ini, program tersebut yang merupakan program tahunan akan memberikan keutamaan kepada kawasan sekitar negeri Melaka atas keprihatinan kerajaan negeri Melaka memartabatkan bahasa Melayu selain memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul pada papan tanda perniagaan.

Hari Puisi Nasional Menjadi Medan Pencambahan Idea

“Puisi Menjana Gagasan 1Malaysia” menjadi tema Hari Puisi Nasional ke-18 anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Kerajaan Negeri Sabah, Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) dan Dewan Bahasa Cawangan Sabah (DBPCS) diadakan pada 25 hingga 27 Februari lalu di Binsulok Resort, Membakut, Sabah.

Syarahan 1 Bahasa, 1 Negara Melahirkan Warga Berjiwa 1 Malaysia

KEMPEN dan program Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) perlu diteruskan saban tahun memandangkan bahasa menjadi agenda yang amat penting dalam melahirkan warga yang benar-benar menjiwai gagasan 1 Malaysia. Hal yang demikian kerana bahasa merupakan elemen yang amat penting sebagai alat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan fahaman agama.

Teater Puisi Tari “Primadona… Perahu Mimpi” Beramal Sambil Berhibur

PEMENTASAN Teater Puisi Tari “Primadona… Perahu Mimpi” dipentaskan di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru, Johor dari 28 hingga 30 Januari lalu. Pementasan teater ini dianjurkan bersama oleh Unit Kebudayaan dan Kesenian UTM, Grup Inspirasi Unik dan Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK), DUN Nusajaya dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor (JKKNJ).

E-Sastera Mempertemukan Karyawan Sastera Siber

SERAMAI kira-kira 50 orang karyawan sastera siber Malaysia berhimpun dalam majlis Temu Cara E-Sastera Kedah bersama-sama Presiden E-SASTERA, Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas di Hostel Bustani, Jitra, Kedah pada 15 Januari lalu. Selain dari Kedah, para pesertanya datang dari Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan,.

Sayembara Deklamasi Puisi Anggota Beruniform Meriah

DEMI menyemarakkan sambutan ulang tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang ke-55, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS) telah mengadakan Sayembara Deklamasi Puisi Anggota Beruniform pada 28 Jun lalu di Dewan Besar, DBPCS. Sayembara terbuka kepada anggota atau staf beruniform di negeri Sabah.

Sasterawan Negara ke-10

Anwar Ridhwan, penulis novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan pemenang S.E.A. Write Awards 2002 telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke-10 pada Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Seri Kembangan, Selangor, pada 20 Oktober 2009. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah sudi mencemar duli untuk menyempurnakan pengurniaan tersebut.